Wednesday, March 24, 2010
Demografi
Demografi
Rencana utama: Demografi Malaysia
Populasi Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah keseluruhan warganegara. Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa seharian, mengamalkan adat resam melayu dan beragama Islam. Hal ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, tidak termasuk dinegara-negara lain yang juga dikenali sebagai sebahagian dari rumpun Melayu. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Antara kaum bumiputera yang utama di Sabah dan Sarawah ialah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian ataupun Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment