Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.
[sunting] Aktiviti riadah
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencipta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.
Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Mutiara Pedu Lake, aktiviti golf dan sebagainya. Sejak beberapa tahun ini resort tersebut telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan dan kurang promosi diadakan. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat cantik dan masih elok keadaannya. Usaha perlu dilakukan bagi membangunkan semula chalet-chalet tersebut. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang menarik dan tradisional. tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa penghuni.
tasik pedu.....jom cuti!!!!!
No comments:
Post a Comment