Wednesday, March 24, 2010

sarawak.......

sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Bahagian di Sarawak dan Geografi Sarawak
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.
Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
[sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Sarawak
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.
Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar Abang. Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.
[sunting] Kerajaan negeri
Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

No comments:

Post a Comment